Panduan Umrah Lelaki (Pakaian)

Harini kak GM nak kongsi sikit panduan Umrah untuk lelaki bahagian pakaian, yang lelaki wajib ambik tahu ni supaya tak tersilap

Lelaki bawak kain Ihram je?

Ya memang betul, lelaki ni bawak kain Ihram je dah settle dah untuk laksanakan ibadah Umrah. Tapi takkan nak ziarah atau beriktikaf di masjid nak pakain kain ihram sahaja kan? Mestilah kena pakai pakaian lain jugak kan? Tapi sebelum kita cerita pasal pakaian lain, kak GM bagitahu dulu berapa helai kain Ihram nak di bawa.

Pertama sekali kak GM nak bagitahu yang sebenarnya bawak sepasang kain Ihram pun dah cukup untuk Umrah. Kalau Haji kak GM sarankan bawak dua pasang. Tapi kalau kita ada keuzuran contohnya susah tahan hadas (air kecil) better bawak 2 pasang terus, sebab apa? sebab kadang-kadang kita daripada airport dah kene pakai ihram sebab miqat atas kapal terbangkan jadi kalau tiba-tiba kain ihram kene air najis, bolehla kita tukar dengan kain ihram yang lagi satu. Senang tak perlu risau-risau

Lepas Ibadah Umrah Nak Pakai Apa Kak GM?

Haaaaa lepas je kita tahalull iaitu perkara terakhir ibadah umrah, lelaki boleh je pakai pakaian apa apa sahaja. Nak pakai baju tidur pun boleh TETAPI…….

Kita sebagai orang Islam, Nabi Muhammad SAW dah ajar kita untuk berpakaian sesuai dengan kedaan, maksudnya kita digalakkan pakai pakaian berwarna Hitam dan Putih kerana majoriti disana memang memakai pakaian hitam dam putih. 

Jadi kak GM suggest korang yang lelaki ni, pakai la pakaian macam Jubah ataupun Kurta. Kalau awak dah baisa pakai jubah di Malaysia, silakan pakai jubah di sana nanti, tapi kalau tak biasa pakai jubah, Kak GM tak sarankan sebab takut tak selesa dan menggangu konsentrasi haaa gituhhhh.  Nak bawak berapa kurta/jubah?

Kak GM sarankan bawak 3-4 helai

Tahniah ! Anda telah membaca sehingga habis, share untuk berkongsi ilmu kepada orang lain

Barangsiapa ingin amalannya tidak terputus setelah kematiannya makan hendaklah ia menyebarkan ilmu

Facebook
WhatsApp
Telegram
Scroll to Top

Selamat Datang Ke Galeri Muslim

Pusat Sehenti Pakaian Haji & Umrah Terbesar Di Malaysia

0
VIP Galeri Muslim